Friday 29 June 2012

Si Comel Amar =)

Assalamualaikum..

"Weyh siapa budak comel kat dp fb kau tuh?? Comel lah.." , "Anak siapa kau ambil nie??" , "Siapa budak comel tuh weyh??" siapa tuh siapa nie and many more..haha *ayat tapis.. Takde seskema tuh dorang tanya..pertanyaan dorang lagi rock and roll ok..cuma dalam nie je aku tapis menapis macam santan kelapa..hehe =)

Ok ramai sangat dah yang bertanya siapa si comel kat dp fb aku tuh kan...haha..sibuk jer kan nak tahu siapa..haha.. Kalau dah gambar dia kat dp aku confirm lah dia anak aku...*teeetttttt...hey! ayat tak habis lagi lah... Anak angkat aku...haha...*suka-suka jer aku nak mengangkat-angkat anak orang... =D Actually, si comel tuh anak kepada kawan kakak aku.. Nama dia Amar... Aku gelarkan dia Si comel Amar..haha.. Nak tahu kenapa?? Sebab dia comel sangat lah..sampai rasa nak cubit-cubit jer pipi bambam *aka tembam dia tuh..kann ~ hehe.. Geram betul aku =D .. Umur si Amar nie baru jer beberapa bulan...*tak ingat lak berapa bulannya.. haha..  Biasanya kan budak-budak akan nangis kalau orang lain dukung selain ibu dia kan..tapi Si comel Amar nie sikit pun tak nangis tau.. Tuh yang buat aku suka dukung dia tuh..hehe.. Bila berjalan semua orang pandang..*haihh! ada yang tak puas hati ke?? Haha.. Maybe ingat tuh anak aku kot..*heyy! i muda lagi lah..belum masa nak kahwin-kahwin nie.. Haha..

Ha! Nie dia Si Comel Amar =)


comel.. kann~ ^^


pipi dia bambam betul lah.. ^_^


geramnya saya.. ^0^


angah dan si comel Amar =)

Ok itu saja tentang Si comel Amar.. =) 

Fly~







Monday 25 June 2012

Khas Buat Si Dia..

Assalamualaikum...

*entry ini khas untuk orang yang pernah hadir dalam hidup aku..dia lah orang pertama yang pernah singgah di hati ini..dan sampai sekarang hanya dia yang kekal berada di hati ini*   UNTUK DIA 

♥        ♥        


TUHAN..aku bermohon sampaikan pesan kepadanya..

Aku menyayanginya, mencintainya..
Tak sanggup bila ku kehilangannya..
Tiap saat ku merinduinya..
Ingin bertemu dengannya..

Lindungilah dia di saat aku tidak bersamanya..
Aku hanya ingin dia bahagia..
Walaupun tak bersamanya..
Aku ingin selalu menjaganya..
Jangan biarkan dia bersedih..
Aku hanya ingin melihat senyumannya..

Sampai aku sudah tidak ada di dunia ini..


♥        ♥        


#pada ketika ini aku sangat merinduinya..sangat-sangat rindu..hmm..#


Saturday 23 June 2012

Cinta Kita

Assalamualaikum..



Ini lah aku apa adanya..
Yang ingin membuatmu bahagia..
Maafkan bila ku tak sempurna..
Sesempurna cintaku padamu..

Ini juga ku apa adanya..
Yang ingin selalu disampingmu..
Ku tahu semua tiada yang sempurna..
Di bawah kolong langi ini..

Jalan kita masih panjang..
Kau ingin kau selalu di sini..

Biar cinta kita tumbuh harum mewangi..
Dan dunia menjadi saksinya..
Untuk apa kita membuang-buang waktu..
Dengan kata-kata perpisahan..

Demi cinta kita akan selalu menjaga..
Cinta kita yang telah kita bina..
Walau hari terus berganti hari lagi..
Cinta kita terus abadi selamanya..



Friday 22 June 2012

Blog pon ada VALUE ok ^^

Assalamualaikum...

Wahh!! nampaknya follower cik Dieya kita nie semakin bertambah...haha... Nie semua atas berkat join CP punya segmen...thanks ye CP...and thanks juga kepada yang sudi jadi follower saye..hehe *bangge sesaat...cehhh... haha.. Ok.. ^^

Heyy korang! Tahu tak yang blog kita nie pun ada nilai jugak...boleh di lelong tau..."Selonggok sposen! Slonggok sposen!"...hahaha.. Tak memasal jek jadi businesswoman sekejap.. hehe.. *Eleyh..nie semua dah lapuk la cik dieya oit..lama tahu dah =..=
Apa?? Korang dah tahu?? *Cetttt....apela...dah tahu tuh diam-diam sudah...buat-buat lah macam tak tahu... haha.. kejam kann~

Ok lah kepada yang dah tahu tuh ignore kan jela entry nie ye.. T_T sobsob *sambil kesat hingus =..= eeeuuuwwww... Kepada sesapa yang nak try usha-usha value blog korang tuh boleh lah Klik Sini ok..^^
 
Ehh! Korang nak tahu ke berapa harga blog Dear Dhieyaa nie?? Ala tak payah lah...bukan mahal mana pun...murah jer...takde pun sampai berbillion2...ribu-ribu pun takde tau.... *sedih-sedih..huhu    ='(.. hmmm...




*nie la reaksi muka bila dapat tahu harga belog kesayangan ku ini..
huhuhu

Thursday 21 June 2012

Jom Tambah Follower Blog! ^^

Assalamualaikum...

Heyy! korang..jom join segmen Cik Purple nie..^^ 


Tarikh tutup 24 Jun 6 petang..
Nak join? 


Marilah sama-sama kita eratkan hubungan silaturrahim sesama blogger ok..hehe..^^


mood hari nie > > > TERUJA..^^



*sebab 1st time join segmen...hehehe =D

Monday 18 June 2012

♥..Itulah Wanita Yang Di Maksudkan.. ♥


Assalamualaikum...

**Entry kali ini khas buat insan yang bergelar LELAKI.. kalau yang perempuan nak baca pun boleh jugak..tiada halangan pun..hehe.. Kepada sang LELAKI hargailah PEREMPUAN yang berada di sisi anda ok! Fahamilah dia sebaik-baik mungkin..sedalam-dalamnya..andai anda benar-benar menyayangi dan mencintai dirinya.. =)**


Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,

itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.



Apabila seorang perempuan marah,

memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.



Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.

Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.



Apabila perempuan bercakap banyak,

dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.



Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,

itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.



Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,

bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.



Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,

anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.



Apabila perempuan merajuk,

jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.



Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,

itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.



Apabila perempuan kata dia rindu pada kamu,

dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.



Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,

jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.



Selagi dia dengan kamu, percayalah,

walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.



Apabila perempuan menjadi degil,

dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.



Hati perempuan itu sangat lembut.

Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.



Apabila perempuan berkata,

“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.



Apabila dia kembali tenang,

percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.



itulah yang bergelar perempuan...

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.



Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.

Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.



Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah

tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang mampu menggoncang dunia
dan mungkin pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.



Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda

kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.



Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu

yang terbaik untuk anak2 anda..




Sunday 17 June 2012

Selamat Hari Bapa =)

Assalamualaikum...

Sempena HARI BAPA nie, aku nak ucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada semua bapa-bapa yang berada di luar sana terutamanya ayahanda ku yang tercinta.. Selamat Hari Bapa ayah..hehe.. Orang tak dapat nak bagi pape kat ayah kecuali ucapan terima kasih yang tak terhingga banyak nya kerana sudah banyak bersusah payah untuk membesarkan anak-anak ayah yang semuanya degil-degil belaka nie..hehe.. Pelbagai dugaan telah ditempuhi..susah senang bersama..


Teringat masa sekolah dulu.. Walaupun hujan turun lebat, ayah tetap nak hantar anak ayah nie pi sekolah menuntut ilmu..tetap jemput orang dari sekolah macam biasa.. Kadang-kadang tuh motor pancit kat tengah jalan...tak kira lah ada orang berhenti nak tumpangkan orang tetap nak naik motor dengan ayah jugak pi sekolah.. Kemudian, bila orang nak sambung belajar, ayah dengan mak bersusah payah cari belanja untuk tanggung orang kat sana.. Terima kasih bebanyak ayah.. Jasamu memang tak terhingga.. Walaupun kekadang orang nie degil, ada melawan cakap tapi sesungguhnya orang sayang sangat-sangat kat ayah dan mak..sayang sangat-sangat =) Tiada hadiah yang dapat orang bagi selain daripada belajar sungguh-sungguh dan buat mak dan ayah gembira.. Itu janji orang kat ayah dan mak... Lagi sekali orang nak ucapkan SELAMAT HARI BAPA kat ayah..sayang ayah sangat-sangat.. Muuuuahhhhh!! =)


A dad is someone who wants to catch you
before you fall
but instead picks you up, 
brushes you off,
and lets you try again...
...HAPPY FATHER'S DAY...
thank you for everything that you give to me
i'm proud to have a dad like you
^_^


ayahandaku yang tercinta =)




Copyright ©. All rights reserved by Dear Dhieyaa.