Saturday, 13 June 2015

Comeback for Awhile =)

Assalamualaikum...
oh mai Allah.. for along time aku tinggalkan zaman blogger nie.. tak berkesempatan nak menaiping.. hari ini sabtu bersamaan dengan 13 june 2015.. jarak tarikh yg begitu jauh dari tarikh last aku kat blog nie.. ya Allah..macam2 jadi kat aku.. aku pun tak tahu nak story dari mana.. sebab terlalu banyak perkara yang  berlaku...berat dugaan aku.. begitu bertubi-tubi ujian aku terima dalam usia yang sebegini.. maklum lah..makin umur kita meningkat makin banyak ujian yang akan datang untuk mematangkan diri..

Untuk pengetahuan semua aku telahpun menamatkan zaman student aku pada tahun lepas... setahun dah berlalu tapi aku tak kerja-kerja agy... hahaha... member ak kerja semua dah kaya-kaya dah.. aku haprak pun xde..hahaha.. xtahu lah hati aku tak terbukak agy kot.. tapi family dah bising giler.. and lagipun memang kesihatan aku tak mengizinkan..turun naik lah.. bulan 7 nie ada appointment dgn doktor..penat lah.. sembuhnya x gak..macam2 ubat dah aku telan..huhu..,nanti aku citer lah pasal kesihatan aku..

And perkara yang betul buat aku terasa adalah pada tarikh 9 december 2014.. ak telah kehilangan ayahanda ku yang tercinta..telah kembali kerahmatullah..amat-amat terasa.. ayah aku penghidap kanser paru-paru.. 1st detect tahap 2 dah.. ya Allah.. aku sedih tengok ayah aku sedih masa tuh.. menangis dia.. dia bersungguh-sungguh nak sembuh..macam-macam ubat dia makan.. bila p cek doktor cakap kanser dia dah kurang kemain suka dia siap joget2 agy.. sayu hati bila terkenang..dah sampai ajal dia kan..tapi yang sangat aku terkilan ayah aku tak berkesemptan tengok cucu sulung lelaki dalam family..memang permintaan dia nak cucu sulung lelaki.. tarikh lahir pun sama.. agy 1 ayah aku nak sangat tengok aku konvo...aku tahu ayah aku sentiasa menanti untuk tengok aku konvo bulan 8 nie nanti.. tapi apa kan daya Allah lebih sayangkan dia.. ya Allah aku betul-betul sebak bila cakap pasal konvo nie..sebab ayah dah plan nak pakai abju batik biru masa p sane nanti..ayah..hmm..love you.. takpe aku percaya ayah kan dapat tengok dari jauh.. aku percaya..

Ya Allah kau lindungilah ayah aku di alam sana..kau tempat kan lah dia di kalangan orang yg beriman..orang sayang ayah..sentiasa merinduimu ayah.. <3

No comments:

Copyright ©. All rights reserved by Dear Dhieyaa.