Sunday 17 June 2012

Selamat Hari Bapa =)

Assalamualaikum...

Sempena HARI BAPA nie, aku nak ucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada semua bapa-bapa yang berada di luar sana terutamanya ayahanda ku yang tercinta.. Selamat Hari Bapa ayah..hehe.. Orang tak dapat nak bagi pape kat ayah kecuali ucapan terima kasih yang tak terhingga banyak nya kerana sudah banyak bersusah payah untuk membesarkan anak-anak ayah yang semuanya degil-degil belaka nie..hehe.. Pelbagai dugaan telah ditempuhi..susah senang bersama..


Teringat masa sekolah dulu.. Walaupun hujan turun lebat, ayah tetap nak hantar anak ayah nie pi sekolah menuntut ilmu..tetap jemput orang dari sekolah macam biasa.. Kadang-kadang tuh motor pancit kat tengah jalan...tak kira lah ada orang berhenti nak tumpangkan orang tetap nak naik motor dengan ayah jugak pi sekolah.. Kemudian, bila orang nak sambung belajar, ayah dengan mak bersusah payah cari belanja untuk tanggung orang kat sana.. Terima kasih bebanyak ayah.. Jasamu memang tak terhingga.. Walaupun kekadang orang nie degil, ada melawan cakap tapi sesungguhnya orang sayang sangat-sangat kat ayah dan mak..sayang sangat-sangat =) Tiada hadiah yang dapat orang bagi selain daripada belajar sungguh-sungguh dan buat mak dan ayah gembira.. Itu janji orang kat ayah dan mak... Lagi sekali orang nak ucapkan SELAMAT HARI BAPA kat ayah..sayang ayah sangat-sangat.. Muuuuahhhhh!! =)


A dad is someone who wants to catch you
before you fall
but instead picks you up, 
brushes you off,
and lets you try again...
...HAPPY FATHER'S DAY...
thank you for everything that you give to me
i'm proud to have a dad like you
^_^


ayahandaku yang tercinta =)




No comments:

Copyright ©. All rights reserved by Dear Dhieyaa.